🌺𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗛𝗔𝗙𝗔𝗭𝗔𝗡 𝟯𝟬 𝗝𝗨𝗭' 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡🌺
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T atas limpah rahmat dan inayah-Nya, pada 28/9/2026 seorang lagi pelajar Pondok Darul Furqan telah selesai mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 Juzu' al Qur'an dengan penuh dedikasi dan ketekunan.
✨ Nama Huffaz :
*DAMIA ADILA BINTI ABDUL AZIZ*
Mula hafal : 12/01/2022
Khatam: 28/09/2026
Tempoh Hafalan : 4 Tahun 8 Bulan 16 Hari
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Damia Adila Binti Abdul Aziz atas usaha gigih,kesabaran dan istiqamah dalam menyempurnakan hafazan.
Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada penghayatan ilmu al-Quran yang lebih luas dan mendalam, serta menjadi penerang buat umat.
Setinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada para asatizah, ibu bapa serta seluruh warga Pondok Darul Furqan yang tidak pernah jemu memberi bimbingan,sokongan dan doa dalam menjayakan misi suci ini.
Semoga keberkatan al-Quran terus menyinari institusi ini dan melahirkan lebih ramai huffaz yang rabbani, berakhlak al-Quran serta menjadi pemimpin ummah masa hadapan.
#PondokDarulFurqan
#Khatam30Juz
#AlQuranDiHati







